Jumaat, 19 Oktober 2012

One - Metallica

Ini salah satu lagu favourite aku dari Metallica. Bercita2 gak nak main lagu nie time jamming, tapi malangnya sampai sekarang intro pun tak lepas.. hahaha..

Aku sgt kagum dgn idea music diorang. Gabungan slow rock pada awal lagu dgn metal rock pada hujungnya sgt catchy dan membuat aku tak jemu dgr lagu ni walaupun lagu nie dah berusia lebih 20 tahun (Lagu ni dalam album Justice for All, release tahun 1988. First album Metallica dgn Jason Newsted lepas Cliff Burton mati kena langgar). Tambah plak dgn head banging lagi.. pergh.. tercabut tengkuk.. hahaha.. So lagu nie aku post video, lyrics. Chord tak dapek la Jack.. Ada gitar tab tapi panjang no.. kalau nak jugak sila click kat Metallica Guitar Tab.  Hahahah.. ENJOY dude..


I can't remember anything
Can't tell if this is true or dream
Deep down inside I feel to scream
This terrible silence stops me

Now that the war is through with me
I'm waking up, I cannot see
That there is not much left of me
Nothing is real but pain now

Hold my breath as I wish for death
Oh please, God, wake me

Back in the womb it's much
too real
In pumps life that I must feel
But can't look forward to reveal
Look to the time when I'll live

Fed through the tube that sticks in me
Just like a wartime novelty
Tied to machines that make me be
Cut this life off from me

Hold my breath as I wish for death
Oh please, God, wake me

Now the world is gone, I'm just one
Oh God, help me
Hold my breath as I wish for death
Oh please, God, help me

Darkness imprisoning me
All that I see
Absolute horror
I cannot live
I cannot die
Trapped in myself
Body my holding cell

Landmine has taken my sight
Taken my speech
Taken my hearing
Taken my arms
Taken my legs
Taken my soul
Left me with life in hell

Khamis, 11 Oktober 2012

Musnah - Search

Lagu hari nie, tak banyak yang aku boleh cerita.

Inti patinya, dunia kita akan musnah satu hari nanti. So, kita yang berkuasa, atau mungkin berkuasa satu hari nanti, ingatlah. Apa yang kita nak buat fikirlah sebaik-baiknya untuk kehidupan, bukan masa sekarang je, tapi jugak untuk anak-anak kita masa depan. Kadang-kadang apa yang kita buat hari ini takkan nampak kesannya esok atau lusa. Mungkin jugak tidak 3 atau 4 tahun mendatang. Tapi mungkin 10 atau 50 tahun yang akan datang.

Untuk pemimpin-pemimpin negaraku (pembangkang dan peguasa), jangan la dok sibuk sangat nak kondem org nun, nak kondem org ni. Pegang prinsip dan perjuangan anda dan tunjukkan kami apa yang boleh anda tolong kami. Sementara anda berkuasa, tengok sekeliling, mana yang baik datang dari pihak sebelah sana, jangan malu jangan segan, dok bincang. Dengar apa orang nak cakap. Kalau ok, implement. Jgn tolak mementah. Orang nak bahas dalam tempat yang sepatutnya korang berbahas untuk kami rakyat pun hang tak nak mai. Macam mana kata nak bela rakyat. Tak semua yang datang dari belah sana tak baik. Hang pegang amanah majoriti kami untuk tolong kami.

Yang belah pembangkang pulak jangan lak dok membangkang jer. Bila kita nak jumpa benda yang betul? Kat dalam sana jgn la dok bergaduh tapi bawak bincang mana yang elok untuk kami. Anda jugak membawa amanah kami sebagai check and balance untuk orang yang mentadbir sekarang.

Untuk kedua-dua pihak, Dunia kita ni makin tua sebenarnya.. Tak berapa lama lagi musnah ler. Itu janji Allah untuk kita. So, bila diberi -baiknya. Jgn rasuah, jgn memusnahkan negara, bekerja dgn ikhlas dan jujur (bukan sbb nak undi jer yob..), insyaALLAH Malaysia akan selamat. Anyway Enjoy dan hayati liriknya..

P/s: Sorry ler, chord gitarnya takde.. nak cari yg siap takde, nak cari sendiri tak sempat.. Ada lirik jer.. hehehe


Apa yang telah terjadi, terjadi?
Pada dunia hari ini?
Gegak gempita kudengar
Sana dan juga sini
Hari-hari

Bolehkan kita bersama
Hidup bagai insan
Yang dapat menghargai
Damai dan kebebasan

Atau haruskah kita
Terkujur tak bernyawa
Baru sampai temui Nirwana

Nun di satu sudut bumi bertuah
Yang tak berhak berkuasa
Kerana lupa bumi ini akan musnah akhirnya
Akan musnah

Oh... Musnah
Oh... Musnah

Rabu, 10 Oktober 2012

Tanya Sama Itu Hud Hud - M Nasir

Macam yang aku postkan tadi, ini antara lagu-lagu yang kami mula-mula perform depan public. Selaepas dari ini, dalam masa 2 tahun selpas peristiwa ini, aku dgn Ronnie dikira ada jugak la dijemput untuk 2 atau 3 kali lagi public performance.

Tapi itu bukan cerita yang aku nak cerita. Yang aku nak cerita adalah betapa gementar nya kami ketika persiapan terakhir. Untuk lebih tepat lagi ketika kami di makeup dalam lebih kurang sejam dua sebelum persembahan.

Selepas habis para pelakon dimake upkan oleh juru makeup jemputan, tibalah giliran kami. Yang lain lepas make up semua lari kemana ntah, tak pulak aku tau.. Tinggal aku dg Ronnie je le.. Yang aku tak tahan ialah, juru makeup kami ialah abg "Arbok" aka semi Bapok aka She-Man.. So diorang nie siap menggoda lagi.. Ceh geli geleman aku..Tapi yang paling menarik perhatian diorang mestilah Abang Ronnie, Sbb dia lebih hensem dan lebih handal main gitar dari aku.. Hahaha.. Yang aku tak tahan bila dia membelai-belai "mesra" pipi dan rambutku.. pergh.. sumpah Mak Tak Sanggup Nyah.. hahahaha.. Siap make up terus aku kuar hisap rokok 3 batang sekaligus untuk melupakan kisah ngeri dicabul tuh.. hahahaha..

Tak tau ler, Ronnie ingat lagi ker tak..

Anyway enjoy the song BROS and SIS.. Sapa yang berminat dgn Chord, dipersilakan..

Note: Chords dari UltimateGuitar.com


 Am     
  Tujuh puluh tiga pintu
  Am
  Tujuh puluh tiga jalan
                         G    
  Yang sampai hanya satu jalan
 
   Am
  Ribu-ribu margastua
  Am
  Mencari raja si Muraq
                           G
  Yang sampai hanya tiga puluh
          Am
  Tiga  puluh
 
   G             Am
  Uhh... Sang Algojo
  G            Am
  Uhh... nanti dulu
 
   Am                          
  Lihat dunia dari mata burung
  Am
  Atau dari dalam tempurung
                          G
  Yang mana satu engkau pilih
  Am
  Dalam kalut ada peraturan
  Am
  Peraturan mencipta kekalutan
                        G
  Di mana pula kau berdiri
       Am
  Di sini
 
   G             Am
  Uhh... Sang Algojo
  G            Am
  Uhh... nanti dulu
 
       C                       F C
  Berikan ku kesempatan akhir ini
    F          C                   G
  Untuk menyatakan kalimah (kisah) sebenar
      C                       F C
  Berikan ku kesempatan akhir ini
  F       G     C
  lai lai lai lai....
 
   Am         C
  Tanya sama itu hud-hud
  G               Am
  Lang mengsilang kui mengsikui
  Am       C             G
  Kerana dia yang terbangkan
      Am
  Aku ke mari

Berita Buat Kawan - Ebiet G Ade + M.Nasir

Lagu ini sangat nostalgic utk aku. Lagu ini adalah lagu pertama aku perform / main gitar depan public.

Masa aku ditahun 1 di UTM, untuk subjek Ko-Kurikulum, aku ambik subjuek teater. Kat situ aku kenal kawan-kawan yang sangat berbakat main gitar macam Ronnie, Baling and few others. Untuk Assignment end semester, kami dikehendaki buat pementasasn teater. Tajuk teater aku tak ingat. Tapi yang aku ingat, oleh kerana aku ni kurang hensem agaknya, so aku tak berlakon la. Tapi aku dgn Ronnie ditugaskan untuk penataan music. Atas kekreatifan kami (masuk bakul angkat sendiri.. hehehe) kami telah mencadangkan untuk start pementasan dgn petikan gitar unplug kami berdua. So kami sepakat memilih 2 lagu: Berita Kepada Kawan dan Tanya sama itu HudHud.. Oleh kerana Ronnie lebih terror main gitar dari aku, so he have to be the leader la.. hehehe..

Perasaan timebercampur baur.. Gementar, bangga (sebab lebih dari 100 orang ada dalam Auditorium untuk pementasan tuh), segan, semua perasaan adalah.. Kena pulak time aku nak main / start persembahan tu, aku ternampak satu awek yang aku sgt minat datang untuk pementasan tuh.. Lagi la ketaq kepala lutut.. hahaha.. Tapi alhamdulillah, persembahan kami bejalan lancar dan kami berdua dikira sebagai antara yang terror la kononnya.. padahal aku tak terror tara mana pun.. Yang terror nya Ronnie sorang jer.. Aku cumalah sidekick saja.. hahaha.. Ada lagi cerita, tapi nanti aku citer dalam posting untuk lagu Tanya Sama itu Hud-Hud lah yek.. Untuk masa sekarang ENJOY BROs and SIS..

P/s: Atas permintaan seorang sahabat, setiap lagu yang aku post lepas nie aku akan cuba cari chord dan lirik lagu untuk dipostkan bersama. Bermula dgn lagu ini.
Note:  Chord aku posting nie aku ambik dari UltimateGuitar.com and diorang post lagu nie pakai D. Masa aku main dulu, kami main pakai C. So gunalah mana2 yang korang suka..



D                     A              D 
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan 
Em            A           D 
Sayang engkau tak duduk disampingku kawan 
D                       A            D 
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan 
Em         A          D 
Di tanah kering bebatuan 

D                           A        D 
Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan 
Em         A           D 
Hati tergetar menampak kering rerumputan 
D                       A          D 
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi 
Em         A             D 
Gembala kecil menangis sedih oooo 

reff-1 
A             G         D 
Kawan coba dengar apa jawabnya 
  A         G          D 
Ketika ia kutanya mengapa 
A         G             D 
Bapak ibunya telah lama mati 
  A          G         D 
Ditelan bencana tanah ini 

     G  
Sesampainya di laut 
      D 
Kukabarkan semuanya 
    Em             A            D 
Kepada karang kepada ombak kepada matahari 
    G                 D 
Tetapi semua diam tetapi semua bisu 
        Em                A 
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit 

reff-2 
D                       A 
Barangkali disana ada jawabnya 
     A                     D 
Mengapa di tanahku terjadi bencana 

        G                     D 
Mungkin Tuhan mulai bosan Melihat tingkah kita 
       Em         A             D 
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa 
     G                      D 
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita 
     Em         A          G        A    D 
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang
 
 
 

Selasa, 9 Oktober 2012

Twisted Sister - Come Out and Play

Just cant stop my self to post this.

Lepas leader of the pack tadi, I just cant stop my self to surf out for Twisted Sister album title, Come Out and Play, and I found it. Still, after more than 20 years, a good song for head banging.. hahahaha..

So, all the veteran head bangers, BANG YOUR HEAD bros... hahahaha


Twisted Sister - Leader of The Pack

I don't believe this. Surf punya surf aku jumpa video ni. Hehehe..

Ini adalah lagu rock omputih pertama yang aku dengar. Maklum la budak kampung.

Aku baru darjah dua waktu album Twisted Sister - Come Out and Play release kat Malaysia. Dan orang yang bertanggungjawab bawak balik kaset Twisted Sister ni, tak lain dan tak bukan, seperti biasa, abng aku la.. hahaha.. Dan lagu first dalam side A is Come Out and Play disusuli lagu ni, The leader of the pack. Aku tak tau kenapa macam best plak dengar lagu ni. hehehe..

Dan tgk cara diorang dressing dlm klip ni. Kalau bebudak zaman sekarang tak tahu, meh sini aku kasi tau.. Ini lah contoh-contoh dressing Rock kapak zaman 80an. hahaha.. Itu korang tak tgk lagi group-group glam rock lagi.. hahahaha..

Anyway bros and sis.. ENJOY THE 80's ROCK SCENE


Ahad, 7 Oktober 2012

Misteri Mimpi syakilla - Wings: Lagu Untuk Tune Gitar

Aku tak sure siapa, dimana dan bila trend ni start. Tapi setahu aku sejak aku belajar main gitar, baik dari abang aku atau dari member-member kat SDAR, lagu Misteri Mimpi Syakilla ni banyak digunakan oleh gitaris-gitaris ni untuk check tune gitar. Dan aku sendiri masih gunakan lagu ni untuk check tune. Sebab apa aku tak tau tapi aku rasa tak lengkap gitar tuning aku selagi tak check dgn lagu ni dan lagu La Bamba (yg ni aku post kat lain punya post lah.. heheheh).


Selain lagu tuning, selalu gak gang jamming aku dulu main lagu ni. Mungkin sebab almost everybody boleh main lagu ni kot even tak practice kat luar sebelum masuk studio jam. hehehe

Anyway, ENJOY DUDE

Another You - Cromok:Lagu Wajib Beljar (walau tak pandai-pandai)

Hahaha.. Lagu yang aku nak post ni, boleh dikatakan salah satu lagu wajib yang kita rasa nak belajar main untuk bebudak yang main gitar sezaman dengan aku.Walaupun setelah berpuluh tahun aku belajar main lagu nie dan tak pandai-pandai, tapi tetap kena belajar. Ada bunyi sikit-sikit pun jadi lah.. hahahaha..

Ada yang cakap ini masterpiece Cromok, tapi bagi aku Cromok ada banyak lagu yang sangat best.. Ini salah satunya.. Tak yah citer banyak lah.. just enjoy the music.. Untuk budak-budak muda yang baru belajar main gitar, korang wajib tau tengok klip ni so tak de la korang jadi buta seni sangat.. hahaha


ENJOY DUDE..

Jumaat, 5 Oktober 2012

Resah - May: My first song..

Lagu yang aku post nie adalah lagu pertama yang aku belajar main gitar dengan abang aku..

Masa tue kalau aku tak silap aku form 4. Abang aku balik dari IPSI bawak gitar kapok sebijik. So lepas aku boring tgk dia main gitar, aku mintak la dia ajar aku pulak. Lepas dijarkan beberapa kod "wajib" terus dia salin lagu nie atas kertas and suruh aku try strum sendiri. Lama jugak aku belajar strum baru bolek start plucking sesikit lagu nie.. Dekat setahun jugak kot.. hehehehe..

Malas citer panjang la beb.. Just enjoy the song..


New Blog, New story

This is the first post.

Apa yg aku nak cuba buat dgn blog nie ialah aku akan cuba post lagu2 yang aku minat, lagu2 yg aku ada kenangan dan cerita dgnnya, yg menyentuh perasan, yg ada kena mengena dgn pandangan aku terhadap isu2 semasa dan dunia hari ini dan macam2 yang lagi.. hehehehe

so bersempena post yang pertama, so aku pun post ler lagu Bertajuk: KALI PERTAMA dari Fairuz Hussein. hehehe


Enjoy dude...