Rabu, 10 Oktober 2012

Tanya Sama Itu Hud Hud - M Nasir

Macam yang aku postkan tadi, ini antara lagu-lagu yang kami mula-mula perform depan public. Selaepas dari ini, dalam masa 2 tahun selpas peristiwa ini, aku dgn Ronnie dikira ada jugak la dijemput untuk 2 atau 3 kali lagi public performance.

Tapi itu bukan cerita yang aku nak cerita. Yang aku nak cerita adalah betapa gementar nya kami ketika persiapan terakhir. Untuk lebih tepat lagi ketika kami di makeup dalam lebih kurang sejam dua sebelum persembahan.

Selepas habis para pelakon dimake upkan oleh juru makeup jemputan, tibalah giliran kami. Yang lain lepas make up semua lari kemana ntah, tak pulak aku tau.. Tinggal aku dg Ronnie je le.. Yang aku tak tahan ialah, juru makeup kami ialah abg "Arbok" aka semi Bapok aka She-Man.. So diorang nie siap menggoda lagi.. Ceh geli geleman aku..Tapi yang paling menarik perhatian diorang mestilah Abang Ronnie, Sbb dia lebih hensem dan lebih handal main gitar dari aku.. Hahaha.. Yang aku tak tahan bila dia membelai-belai "mesra" pipi dan rambutku.. pergh.. sumpah Mak Tak Sanggup Nyah.. hahahaha.. Siap make up terus aku kuar hisap rokok 3 batang sekaligus untuk melupakan kisah ngeri dicabul tuh.. hahahaha..

Tak tau ler, Ronnie ingat lagi ker tak..

Anyway enjoy the song BROS and SIS.. Sapa yang berminat dgn Chord, dipersilakan..

Note: Chords dari UltimateGuitar.com


 Am     
  Tujuh puluh tiga pintu
  Am
  Tujuh puluh tiga jalan
                         G    
  Yang sampai hanya satu jalan
 
   Am
  Ribu-ribu margastua
  Am
  Mencari raja si Muraq
                           G
  Yang sampai hanya tiga puluh
          Am
  Tiga  puluh
 
   G             Am
  Uhh... Sang Algojo
  G            Am
  Uhh... nanti dulu
 
   Am                          
  Lihat dunia dari mata burung
  Am
  Atau dari dalam tempurung
                          G
  Yang mana satu engkau pilih
  Am
  Dalam kalut ada peraturan
  Am
  Peraturan mencipta kekalutan
                        G
  Di mana pula kau berdiri
       Am
  Di sini
 
   G             Am
  Uhh... Sang Algojo
  G            Am
  Uhh... nanti dulu
 
       C                       F C
  Berikan ku kesempatan akhir ini
    F          C                   G
  Untuk menyatakan kalimah (kisah) sebenar
      C                       F C
  Berikan ku kesempatan akhir ini
  F       G     C
  lai lai lai lai....
 
   Am         C
  Tanya sama itu hud-hud
  G               Am
  Lang mengsilang kui mengsikui
  Am       C             G
  Kerana dia yang terbangkan
      Am
  Aku ke mari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan