Khamis, 11 Oktober 2012

Musnah - Search

Lagu hari nie, tak banyak yang aku boleh cerita.

Inti patinya, dunia kita akan musnah satu hari nanti. So, kita yang berkuasa, atau mungkin berkuasa satu hari nanti, ingatlah. Apa yang kita nak buat fikirlah sebaik-baiknya untuk kehidupan, bukan masa sekarang je, tapi jugak untuk anak-anak kita masa depan. Kadang-kadang apa yang kita buat hari ini takkan nampak kesannya esok atau lusa. Mungkin jugak tidak 3 atau 4 tahun mendatang. Tapi mungkin 10 atau 50 tahun yang akan datang.

Untuk pemimpin-pemimpin negaraku (pembangkang dan peguasa), jangan la dok sibuk sangat nak kondem org nun, nak kondem org ni. Pegang prinsip dan perjuangan anda dan tunjukkan kami apa yang boleh anda tolong kami. Sementara anda berkuasa, tengok sekeliling, mana yang baik datang dari pihak sebelah sana, jangan malu jangan segan, dok bincang. Dengar apa orang nak cakap. Kalau ok, implement. Jgn tolak mementah. Orang nak bahas dalam tempat yang sepatutnya korang berbahas untuk kami rakyat pun hang tak nak mai. Macam mana kata nak bela rakyat. Tak semua yang datang dari belah sana tak baik. Hang pegang amanah majoriti kami untuk tolong kami.

Yang belah pembangkang pulak jangan lak dok membangkang jer. Bila kita nak jumpa benda yang betul? Kat dalam sana jgn la dok bergaduh tapi bawak bincang mana yang elok untuk kami. Anda jugak membawa amanah kami sebagai check and balance untuk orang yang mentadbir sekarang.

Untuk kedua-dua pihak, Dunia kita ni makin tua sebenarnya.. Tak berapa lama lagi musnah ler. Itu janji Allah untuk kita. So, bila diberi -baiknya. Jgn rasuah, jgn memusnahkan negara, bekerja dgn ikhlas dan jujur (bukan sbb nak undi jer yob..), insyaALLAH Malaysia akan selamat. Anyway Enjoy dan hayati liriknya..

P/s: Sorry ler, chord gitarnya takde.. nak cari yg siap takde, nak cari sendiri tak sempat.. Ada lirik jer.. hehehe


Apa yang telah terjadi, terjadi?
Pada dunia hari ini?
Gegak gempita kudengar
Sana dan juga sini
Hari-hari

Bolehkan kita bersama
Hidup bagai insan
Yang dapat menghargai
Damai dan kebebasan

Atau haruskah kita
Terkujur tak bernyawa
Baru sampai temui Nirwana

Nun di satu sudut bumi bertuah
Yang tak berhak berkuasa
Kerana lupa bumi ini akan musnah akhirnya
Akan musnah

Oh... Musnah
Oh... Musnah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan